LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHATIWANT

IF THERE'S ANYTHING WRONG WITH MY POST PLEASE LET ME KNOW. I'LL FIX YOU :-)

Follow me....

Sunday, October 3, 2010

Perang Badar


Berlaku pada tahun ke-2 Hijrah dan merupakan perang yang pertama disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Perang ini dinamakan Badar kerana meletus disebuah perigi di antara Makkah dan Madinah yang dimiliki oleh seorang yang bernama Badar.
Faktor utama perang ini ialah orang Musyikin Makkah talah menghalau orang Islam dari Makkah dan harta benda mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah. Selain itu, orang Musyikin juga ingin menghapuskan orang Islam di Madinah kerana bimbang orang Islam menguasai perdagangan. Hal ini kerana kedudukan Madinah terletak diantara Makkah dan Syam. Perpindahan Nabi s.a.w. tidak disenangi oleh golongan Musyikin di Makkah kerana akan menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan memudahkan Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam.
Orang Quraisy telah membuat satu pakatan sulit dengan orang Yahudi di Madinah kerana mereka ingin menghancurkan perkembangan agama Islam.

Baginda s.a.w. telah berdoa " Ya Tuhanku! andai kata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di permukaan bumi ini?".
 Sebab itulah kaum Muslimin menganggap perang ini sebagai "Al-Ghazwatul Furqan" bermaksud peperanan yang menentukan pihak yang benar dan pihak yang salah.

 Pada suatu masa, orang Musyikin Makkah telah membawa satu kafilah perdagangan dari Syam ke Makkah di bawah pimpinan Abu Sufian bin Harb. Setelah mengetahui gerakan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersama 324 orang tentera cuba mengesan kafilah tersebut. Abu Sufian terus meminta bantuan dari Makkah setelah mengetahui tentere Islam sedang menghampiri mereka. Bantuan berjumlah 1000 orang telah dihantar dengan diketuai oleh Abu Jahal. Kedatangan kaum Musyikin bukan untuk menyelamatkan barang dagangan mereka (yang dibawa oleh kafilah dari Syam) tetapi sebaliknya untuk menangkap orang Islam, maka peperangan tidak dapat dielakkan lagi.

Oleh sebab pihak Quraisy lebih dahulu berhenti di sebelah lembah yang ada air, maka terpaksalah pihak Islam berhenti di tempat yang tiada air. Seorang sahabat mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya orang Islam mengorek kolam supaya air yang mengalir ke sebelah pihak Quraisy itu dapat mengalir juga ke dalam kolam. Rasulullah s.a.w. bersetuju dengan cadangan itu.

 Sebelum pertempuran besar-besaran berlaku, tiga perlawanan satu sama satu telah tercetus.

 Ali bin Abi Talib telah berhadapan dengan tentera Musyikin iaitu Shaybah ar-Rubiah dan Hamzah bin Abd Muttalib berhadapan dengan Al-Walid bin Utbah, kedua-dua tentera Musyikin terbunuh. Manakala, Ubaydah al-Haris pula berhadapan dengan tentera Musyikin iaitu Utbah ar-Rabiah. Utbah terbunuh manakala Ubaydah hanya tercedera. Utbah ar-Rabiah ialah datuk Muawiyah bin Abu Sufian, ayah kepada Hindon (ibu Muawiyah).

Selain itu, seramai 67 orang dari pihak Musyikin terbunuh termasuk Abu Jahal, manakala 14 tentera Islam telah gugur syahid. Banyak tentera Musyikin ditawan dan mereka dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing, iaitu diantara 1000 dirham hingga 4000 dirham. Tebusan yang miskin tetapi pandai membaca dan menulis, dikehendaki mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam sebelum ia dibebaskan.


Hukuman keatas tentera Musyikin yang ditawan ini sebanarnya dicadangkan oleh Sayidina Abu Bakar kerana menurutnya, dengan cara layanan yang baik ini nescaya Allah SWT akan memberi hidayah kepada mereka dan keluarga mereka untuk menganut agama Islam.

 Kemenangan tentera Islam ini tidak disenangi oleh pihak musuh termasuk kaum Yahudi di Madinah, lalu kaum Yahudi telah memperkecil kejayaan ini sehingga mereka disingkir dari Madinah. Pihak Musyikin Makkah pula menaruh dendam ke atas orang Islam.

No comments:

Post a Comment