LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHATIWANT

IF THERE'S ANYTHING WRONG WITH MY POST PLEASE LET ME KNOW. I'LL FIX YOU :-)

Follow me....

Sunday, October 3, 2010

Perang Uhud


Perang ini tercetus pada tahun ke-3 Hijrah (625 Masihi). Punca utama tercetusnya perang ini ialah perasaan marah dan dendam dalam kalangan Musyikin Quraisy setelah diaibkan oleh kemenangan tentera Islam melalui perang Badar.
Kaum Musyikin dibawah pimpinan Abu Sufian dengan kekuatan sebanyak 3000 orang tentera telah menuju ke utara untuk memulakan misi mereka menentang Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah. Rasulullah s.a.w. bercadang untuk bertahan didalam kota Madinah dan pendapat baginda disokong oleh Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda mahu keluar dari Kota Madinah dan menentang golongan Musyikin. Oleh sebab pendapat kaum muda ini mendapat sokongan ramai, maka Baginda SAW bersetuju untuk menentang kaum Musyikin di luar Kota Madinah.
Angkatan tentera Islam seramai 1000 orang tentera dibahagi kepada 3 batalion. Dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar dari barisan peperangan dan kembali ke Madinah. Tindakan ini dikatakan kerana Nabi s.a.w. tidak menghiraukan pendapatnya supaya orang Islam bertahan didalam Kota Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Uhud dan pertempuran telah meletus di situ.
Pertempuran dimulai dengan perlawanan Ali bin Abi Talib dengan tentera Quraisy iaitu Talhah Abu Talhah. Manakala Hamzah Abdul Mutalib bertarung dengan Usman Abu Talhah(Quraisy) dan Asim bin Thabit pula berhadapan dengan Musafi Abu Talhah(Quraisy). Ketiga-tiga tentera Quraisy telah terbunuh dalam perlawanan ini.
 Pada peringkat awal , kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya tentera Islam tewas.
Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan, terutamanya pasukan pemanah yang telah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang. Pengaruh harta telah melemahkan kekuatan iman tentera Islam.  Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh Khalid al-Walid hingga menyebabkan angkatan tentera Islam kucar-kacir. Banyak sahabat Rasulullah s.a.w. gugur syahid termasuklah bapa saudara baginda iaitu Hamzah RA.
Perang Uhud telah memberi pengajaran yang amat besar kepada umat Islam dari segi fizikal dan mental. Pengajaran utama melalui peperangan ini ialah Allah SWT tidak akan melindungi mereka yang menyeleweng daripada dasar perjuangan. Sebaliknya, pihak musuh berhak mendapat kemenangan atas kelalaian umat Islam.

 Tempat dimana berlakunya Perang Uhud.

 Tempat pemanah-pemanah tentera Islam.

No comments:

Post a Comment