LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHATIWANT

IF THERE'S ANYTHING WRONG WITH MY POST PLEASE LET ME KNOW. I'LL FIX YOU :-)

Follow me....

Friday, October 8, 2010

Perang Khandak + Dakwah (Pakej)


Berlaku pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah. Perang Khandak bermaksud “parit” atau kubu yang kerana tentera Islam menggali parit di sebelah utara Madinah. Peperangan ini juga dinamakan Perang Ahzab kerana tentera musuh Islam terdiri daripada gabungan tentera Quraisy,  kabilah-kabilah Arab, dan kaum Yahudi Madinah.



Berlakunya peperangan ini disebabkan wujudnya perasaan sombong dan angkuh dalam kalangan orang Quraisy yang ingin melanjutkan kemenangan mereka selepas Perang Uhud.
Mereka menganggap kekuatan tentera  Islam sudah lemah. Mereka melihat peperangan kali ini sebagai peluang terbaik untuk menghapuskan umat Islam yang dirasakan tidak mampu melawan lagi. Selain itu, mereka juga ingin menjaga dan membela kesucian kepercayaan agama mereka.
Bilangan tentera Musyrikin berjumlah  10 000 orang. Abu Sufian dilantik sebagai panglima agung untuk mengetuai pasukan Quraisy, iaitu  4 000 tentera berjalan kaki, 300 berkuda, dan 1 500 penunggang kuda. 

Uyaimah bin Hisu mengetuai Bani Ghaftan dengan 1 000 tentera pemanah berkuda. Manakala Yahudi Bani Quraizah bertahan di belakang Kota Madinah. 

Dalam peperangan ini, Nabi Muhammad SAW memerintahkan Maslamah bin Aslam dan Zaid bin Harithah dengan tentera berjumlah 500 orang menjaga Madinah daripada serangan dalaman oleh orang Yahudi Bani Quraizah. Zubair al-Awwam dikehendaki mendapatkan maklumat rahsia Bani Quraizah. Nu’aim bin Ma’sud, pemimpin Bani Ghaftan yang baru memeluk Islam telah menawarkan diri kepada Baginda SAW untuk melaga-lagakan  pasukan musuh. Beliau telah pergi menemui pemimpin Yahudi Bani Quraizah dan mengatakan bahawa tentera Quraisy akan mengkhianati mereka. Selepas itu, beliau menemui Abu Sufian, pemimpin Bani Quraisy bahawa tentera Yahudi Bani Quraizah menyesal kerana telah mengkhianati janji keamanan dengan Nabi Muhammas SAW. Tindakan Nu’aim nampaknya Berjaya menimbulkan ayak wasangka dalam kalangan tantera Ahzab sehingga cadangan untuk menyerbu masuk ke Kota Madinah terpaksa dibatalkan. Nu’aim Berjaya memainkan peranannya kerana beliau baru memeluk Islam tanpa diketahui oleh pihak musuh.

Rasulullah SAW kemudiannya menyusun strategi peperangan dengan menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sepanjang 12 00 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit basar ini menyebabkan tantera Ahzab terpaksa berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama dua minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil.

Peperangan hanyalah berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta berpanah-panahan. Beberapa orang tentera Quraisy cuba menyeberangi parit tetapi berjaya dibunuh oleh tentera Islam.
Akhirnya, tentera musuh yang mengepung di luar parit telah kehabisan makanan. Peristiwa ini disusuli dengan ribut pasir selama tiga hari menyebabkan khemah-khemah tentera Ahzab telah terbongkar dan debu yang bertebaran memedihkan mata mereka. Akhirnya, mereka meninggalkan medan peperangan dengan penuh kecewa.

Peristiwa ini telah dicatatkan dalam Al-Quran melalui surah al-Ahzab, ayat 9.
Selepas peperangan ini, tentera Islam telah mengubah strategi peperangan, iaitu tidak lagi menuggu dan bertahan tetapi mereka mula menyerang tempat-tempat yang dijadikan merkas untuk menentang tentera Islam.

Perang Ahzab telah membuktikan bahawa kekuatan fizikal semata-mata tidak mencukupi untuk menentang kekuatan iman umat Islam. Selagi umat Islam berada dibawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW mereka akan berjaya mengatasi pelbagai masalah.

Walaupun Rasulullah SAW telah lama wafat, ini tidak bermakna umat Islam masa kini tidak lagi dibawah kepimpinan Baginda SAW kerana baginda telah meninggalkan Al-Quran dan Sunnah kepada kita. 

Malangnya, apa yang berlaku kini ialah ramai umat Islam telah terhasut dengan godaan dunia. Hal ini kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada Perang Uhud. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan tentera Islam telah tewas dalam Perang Uhud adalah pengajaran untuk seluruh umat Islam.

Kesimpulannya  di sini yang ingin saya tekankan ialah didalam Perlembagaan Malaysia, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada umat Islam. Tetapi kita yang beragama Islam boleh melakukan dakwah. Kedaan menyedihkan apabila umat Islam yang cuba untuk berdakwah digelarkan sebagai “Geng Tabligh” oleh masyarakat Islam kini sekian lama lagi. Fikir-fikirkanlah bagaimana untuk menyelamatkan umat Islam kalau bukan umat Islam sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang layak untuk mengkritik masyarakat sekarang dan apa yang ingin saya katakana ialah “Tiada paksaan untuk melakukan dakwah atau tidak tetapi jangan menentang dakwah”. Saya berkata bukan untuk meminta simpati kepada mereka yang melakukan dakwah tetapi simpati kepada mereka yang menentang dakwah. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada seluruh umat manusia.. Amin...



No comments:

Post a Comment