LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHATIWANT

IF THERE'S ANYTHING WRONG WITH MY POST PLEASE LET ME KNOW. I'LL FIX YOU :-)

Follow me....

Wednesday, December 29, 2010

Pandangan Mata Semasa Solat

Assalamualaikum..
    
       Baik, dalam post ni saya nak share skit pasai ilmu yg saya ada... bab pasai pandangan mata masa tengah sembahyang. Baik... kita slalunya dok dengaq masa sembahyang ja tengok tempat sujud.. betul tu.. masa berdiri kita tengok pada tempat sujud....

       Dan selepas itu, Semasa Rukuk pula,  pandangan mata kita selalunya dok tengok tmpat sujud... tapi setahu sy...semasa rukuk kita di haruskan melihat kedua ibu jari kita... mata kanan tgk ibu jari kanan, mata kiri tengok ibu jari kiri...selepas rukuk tu masa berdiri tengok la tempat sujud balik...jangan dok p usya rapat ibu jari kaki tu...nnt penat mata tu..hehehe..

        Masa Sujud, kita kena lihat hidung kita....haa.....mata jadi macam juling sikit...tp tengok tu jgn la over sgt... stg bgun2 ja dari sujud jadi juling pulak mata tu...he3.. bt tu sekadar yg mampu la..k..

        Masa Duduk antara Dua Sujud pula, pandangan mata kita mungkin nk tengok tmpat sujub balik kan...ha3...xpa2...xsalah... tapi sebaik2nya lah... pandangan mata kita lebih baik melihat ke arah selatan..aiissshh....mlawak ja...jgn dok ikut pulak... ok..pandangan mata sama mcam masa rukuk tadi... tapi..!!! bukan ibu jari kaki na.. tp tapak tgn kita...tp jangan dok p kalih la tgn tu bg nmpak tapak tgn... biaq la kita perati blakang tpak tgn kita tu.. mcm sy ckap td la mcm msa rukuk tu.. mata kanan dgn tgn knan, kiri mcm tu la...

       Masa Tahiyyat Awal/Akhir, pandangan mata kita macam juga masa duduk antara dua sujud..tetapi selepas ja kita mengangkat jari telunjuk kanan, pandangan kedua2 belah mata menumpu kearah jari telunjuk kita tersebut...

       Apa2 pn pandangan mata ni hanya diharuskan untuk menambahkan khusyuk dalam solat kita..
xpercaya cuba try tgk...

       Baik...abih la...ehh.....ada lagi satu.. masa lepas bagi salam... ditegah sama sekali dok p usya awek yang seksi2...hehehehe.. kena jaga pandangan mata tu...nasihat utk diri saya la ni.. sebab kita pn pantang tengok pmpuan..ha2.. oyait..!! Slamat Bramal...

Thursday, December 23, 2010

Russian military power.


layan ja....video ni lama punya...
skrng punya power xtaw la mcm mana..
jenuh la..

Tuesday, December 21, 2010

Sungai Dibawah Laut


Sungai ni kt mana xtaw...
tp kesimpulannya betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.
Dikatakan air sungai bawah laut ni rasa manis macam mana ntah..
pastu ada molekul yg menghalang dari pada air sungai ni bercampur dengan air masin (laut)
penyelam ni suka mengkaji tentang dasar laut sampai la dia terjumpa sungai ni..
dia pegi rujuk kt sorang prof. ni pada masa yg sama dia pn tgh mengkaji tentang laut.
prof. tu Islam then bgtaw la kt pengkaji ni dengan ayat2 al-Quran,
pendekkan ceta. lepas ja diterang dia terus dapat hidayah n peluk Islam..
Alhamdulillah...

Monday, December 20, 2010

Peristiwa Perang Salib (hingga siri ketiga)


Lebih 300,000 tentera pejalan kaki dan berkuda ke Baitulmuqaddis.
Barisan tentera dipimpin oleh Godfrey, Baldwin, dan Raymond.
Sebahagian kekuatan bilangan tentera tersebut telah hilang apabila ada yang  jatuh sakit dan tercedera ditentang oleh penduduk tempatan negeri yang dilalui ekoran kekejaman mereka seperti merompak dan merampas harta penduduk.
Kerajaan Islam Fatimiyah di Mesir yang berfahaman Syiah telah menentang tentera tersebut. Kerajaan Fatimiyah tidak sehaluan dengan kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad fahaman Sunnah. Kematian Malik Syah dari kerajaan Turki Saljuq menyebabkan penguasaan kerajaan ini tidak lagi kukuh.
Kota Baitulmuqaddis ditawan dan Godfrey dilantik menjadi pemerintah. Lebih 70,000 umat Islam dibunuh dengan kejam termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua dalam Perang Salib Pertama.
Tentera Islam dipimpin oleh Imanuddin Zangi dan anaknya, Nuruddin Zangi. Banyak tentera kristian telah pulang ke negara asal mereka dan ini memudahkan tentera Islam merampas kembali Baitulmuqaddis dari genggaman Kristian.
Kemaraan tentera Islam menyebabkan tentera kristian berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil, ada yang balik ke Jerman dan meninggalkan Damsyik.
Peperangan Salib Kedua dimenangi oleh tentera Salahuddin al-Ayubi dan Baitulmuqaddis ditawan semula.
Perang Salib ketiga tentera Islam ditentang oleh tiga raja dari negara besar eropah iaitu Richard The Lion Heart (England), Frederick Barbarossa (Jerman), Philippe Augustus (Perancis).
Frederick mati didalam perjalanan dan tentera Jerman berpecah kepada dua. Richard pula membuat perjanjian damai dengan Salahuddin al-Ayubi (orang kristian dibenarkan berkunjung ke Baitulmuqaddis yang dikuasai oleh Islam).

Pengenalan Perang Salib


Berlangsung selama 200 tahun (1096-1291 M). “Perang Salib” diambil sempena pemakaian tanda salib di dada tentera kristian dan membawa sebuah salib yang besar.

Lebih 7 siri perang salib sepanjang 200 tahun. Berlaku pada 1096 M siri yang pertama manakala perang salib yang ketujuh dipimpin oleh Raja Louis dari Perancis merupakan kempen terakhir penganut kristian di Eropah.

Latar Belakang.

Perang Salib bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur. Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.

Paus Urban II di Majlis Clermont sedang memberi ucapan berkobar-kobar untuk mengambil kembali Tanah Suci.
Pada 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di BaitulmuqaddisGereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib. [1] dan merosakkan
Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.
Perang Salib berlaku antaranya untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan (di mana satria kristian menerima penghargaan dari pihak gereja) yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama. Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk Perang Yang Adil untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.
Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci. Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherahal-Hakim bi-Amr Allah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.

source :
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib#Latar_belakang)

Tuesday, December 14, 2010

V for Vendetta Quotes

VoilĂ ! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villain by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin van-guarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition.
The only verdict is vengeance; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous. 


Friday, October 8, 2010

Perang Khandak + Dakwah (Pakej)


Berlaku pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah. Perang Khandak bermaksud “parit” atau kubu yang kerana tentera Islam menggali parit di sebelah utara Madinah. Peperangan ini juga dinamakan Perang Ahzab kerana tentera musuh Islam terdiri daripada gabungan tentera Quraisy,  kabilah-kabilah Arab, dan kaum Yahudi Madinah.



Berlakunya peperangan ini disebabkan wujudnya perasaan sombong dan angkuh dalam kalangan orang Quraisy yang ingin melanjutkan kemenangan mereka selepas Perang Uhud.
Mereka menganggap kekuatan tentera  Islam sudah lemah. Mereka melihat peperangan kali ini sebagai peluang terbaik untuk menghapuskan umat Islam yang dirasakan tidak mampu melawan lagi. Selain itu, mereka juga ingin menjaga dan membela kesucian kepercayaan agama mereka.
Bilangan tentera Musyrikin berjumlah  10 000 orang. Abu Sufian dilantik sebagai panglima agung untuk mengetuai pasukan Quraisy, iaitu  4 000 tentera berjalan kaki, 300 berkuda, dan 1 500 penunggang kuda. 

Uyaimah bin Hisu mengetuai Bani Ghaftan dengan 1 000 tentera pemanah berkuda. Manakala Yahudi Bani Quraizah bertahan di belakang Kota Madinah. 

Dalam peperangan ini, Nabi Muhammad SAW memerintahkan Maslamah bin Aslam dan Zaid bin Harithah dengan tentera berjumlah 500 orang menjaga Madinah daripada serangan dalaman oleh orang Yahudi Bani Quraizah. Zubair al-Awwam dikehendaki mendapatkan maklumat rahsia Bani Quraizah. Nu’aim bin Ma’sud, pemimpin Bani Ghaftan yang baru memeluk Islam telah menawarkan diri kepada Baginda SAW untuk melaga-lagakan  pasukan musuh. Beliau telah pergi menemui pemimpin Yahudi Bani Quraizah dan mengatakan bahawa tentera Quraisy akan mengkhianati mereka. Selepas itu, beliau menemui Abu Sufian, pemimpin Bani Quraisy bahawa tentera Yahudi Bani Quraizah menyesal kerana telah mengkhianati janji keamanan dengan Nabi Muhammas SAW. Tindakan Nu’aim nampaknya Berjaya menimbulkan ayak wasangka dalam kalangan tantera Ahzab sehingga cadangan untuk menyerbu masuk ke Kota Madinah terpaksa dibatalkan. Nu’aim Berjaya memainkan peranannya kerana beliau baru memeluk Islam tanpa diketahui oleh pihak musuh.

Rasulullah SAW kemudiannya menyusun strategi peperangan dengan menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sepanjang 12 00 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit basar ini menyebabkan tantera Ahzab terpaksa berkhemah di kawasan luar parit dan mengepung selama dua minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil.

Peperangan hanyalah berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta berpanah-panahan. Beberapa orang tentera Quraisy cuba menyeberangi parit tetapi berjaya dibunuh oleh tentera Islam.
Akhirnya, tentera musuh yang mengepung di luar parit telah kehabisan makanan. Peristiwa ini disusuli dengan ribut pasir selama tiga hari menyebabkan khemah-khemah tentera Ahzab telah terbongkar dan debu yang bertebaran memedihkan mata mereka. Akhirnya, mereka meninggalkan medan peperangan dengan penuh kecewa.

Peristiwa ini telah dicatatkan dalam Al-Quran melalui surah al-Ahzab, ayat 9.
Selepas peperangan ini, tentera Islam telah mengubah strategi peperangan, iaitu tidak lagi menuggu dan bertahan tetapi mereka mula menyerang tempat-tempat yang dijadikan merkas untuk menentang tentera Islam.

Perang Ahzab telah membuktikan bahawa kekuatan fizikal semata-mata tidak mencukupi untuk menentang kekuatan iman umat Islam. Selagi umat Islam berada dibawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW mereka akan berjaya mengatasi pelbagai masalah.

Walaupun Rasulullah SAW telah lama wafat, ini tidak bermakna umat Islam masa kini tidak lagi dibawah kepimpinan Baginda SAW kerana baginda telah meninggalkan Al-Quran dan Sunnah kepada kita. 

Malangnya, apa yang berlaku kini ialah ramai umat Islam telah terhasut dengan godaan dunia. Hal ini kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada Perang Uhud. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan tentera Islam telah tewas dalam Perang Uhud adalah pengajaran untuk seluruh umat Islam.

Kesimpulannya  di sini yang ingin saya tekankan ialah didalam Perlembagaan Malaysia, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada umat Islam. Tetapi kita yang beragama Islam boleh melakukan dakwah. Kedaan menyedihkan apabila umat Islam yang cuba untuk berdakwah digelarkan sebagai “Geng Tabligh” oleh masyarakat Islam kini sekian lama lagi. Fikir-fikirkanlah bagaimana untuk menyelamatkan umat Islam kalau bukan umat Islam sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang layak untuk mengkritik masyarakat sekarang dan apa yang ingin saya katakana ialah “Tiada paksaan untuk melakukan dakwah atau tidak tetapi jangan menentang dakwah”. Saya berkata bukan untuk meminta simpati kepada mereka yang melakukan dakwah tetapi simpati kepada mereka yang menentang dakwah. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada seluruh umat manusia.. Amin...



Sunday, October 3, 2010

Perang Uhud


Perang ini tercetus pada tahun ke-3 Hijrah (625 Masihi). Punca utama tercetusnya perang ini ialah perasaan marah dan dendam dalam kalangan Musyikin Quraisy setelah diaibkan oleh kemenangan tentera Islam melalui perang Badar.
Kaum Musyikin dibawah pimpinan Abu Sufian dengan kekuatan sebanyak 3000 orang tentera telah menuju ke utara untuk memulakan misi mereka menentang Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan Madinah. Rasulullah s.a.w. bercadang untuk bertahan didalam kota Madinah dan pendapat baginda disokong oleh Abdullah bin Ubay. Walau bagaimanapun, golongan muda mahu keluar dari Kota Madinah dan menentang golongan Musyikin. Oleh sebab pendapat kaum muda ini mendapat sokongan ramai, maka Baginda SAW bersetuju untuk menentang kaum Musyikin di luar Kota Madinah.
Angkatan tentera Islam seramai 1000 orang tentera dibahagi kepada 3 batalion. Dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar dari barisan peperangan dan kembali ke Madinah. Tindakan ini dikatakan kerana Nabi s.a.w. tidak menghiraukan pendapatnya supaya orang Islam bertahan didalam Kota Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Uhud dan pertempuran telah meletus di situ.
Pertempuran dimulai dengan perlawanan Ali bin Abi Talib dengan tentera Quraisy iaitu Talhah Abu Talhah. Manakala Hamzah Abdul Mutalib bertarung dengan Usman Abu Talhah(Quraisy) dan Asim bin Thabit pula berhadapan dengan Musafi Abu Talhah(Quraisy). Ketiga-tiga tentera Quraisy telah terbunuh dalam perlawanan ini.
 Pada peringkat awal , kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya tentera Islam tewas.
Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan, terutamanya pasukan pemanah yang telah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang. Pengaruh harta telah melemahkan kekuatan iman tentera Islam.  Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh Khalid al-Walid hingga menyebabkan angkatan tentera Islam kucar-kacir. Banyak sahabat Rasulullah s.a.w. gugur syahid termasuklah bapa saudara baginda iaitu Hamzah RA.
Perang Uhud telah memberi pengajaran yang amat besar kepada umat Islam dari segi fizikal dan mental. Pengajaran utama melalui peperangan ini ialah Allah SWT tidak akan melindungi mereka yang menyeleweng daripada dasar perjuangan. Sebaliknya, pihak musuh berhak mendapat kemenangan atas kelalaian umat Islam.

 Tempat dimana berlakunya Perang Uhud.

 Tempat pemanah-pemanah tentera Islam.

Perang Badar


Berlaku pada tahun ke-2 Hijrah dan merupakan perang yang pertama disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Perang ini dinamakan Badar kerana meletus disebuah perigi di antara Makkah dan Madinah yang dimiliki oleh seorang yang bernama Badar.
Faktor utama perang ini ialah orang Musyikin Makkah talah menghalau orang Islam dari Makkah dan harta benda mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah. Selain itu, orang Musyikin juga ingin menghapuskan orang Islam di Madinah kerana bimbang orang Islam menguasai perdagangan. Hal ini kerana kedudukan Madinah terletak diantara Makkah dan Syam. Perpindahan Nabi s.a.w. tidak disenangi oleh golongan Musyikin di Makkah kerana akan menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan memudahkan Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam.
Orang Quraisy telah membuat satu pakatan sulit dengan orang Yahudi di Madinah kerana mereka ingin menghancurkan perkembangan agama Islam.

Baginda s.a.w. telah berdoa " Ya Tuhanku! andai kata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di permukaan bumi ini?".
 Sebab itulah kaum Muslimin menganggap perang ini sebagai "Al-Ghazwatul Furqan" bermaksud peperanan yang menentukan pihak yang benar dan pihak yang salah.

 Pada suatu masa, orang Musyikin Makkah telah membawa satu kafilah perdagangan dari Syam ke Makkah di bawah pimpinan Abu Sufian bin Harb. Setelah mengetahui gerakan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersama 324 orang tentera cuba mengesan kafilah tersebut. Abu Sufian terus meminta bantuan dari Makkah setelah mengetahui tentere Islam sedang menghampiri mereka. Bantuan berjumlah 1000 orang telah dihantar dengan diketuai oleh Abu Jahal. Kedatangan kaum Musyikin bukan untuk menyelamatkan barang dagangan mereka (yang dibawa oleh kafilah dari Syam) tetapi sebaliknya untuk menangkap orang Islam, maka peperangan tidak dapat dielakkan lagi.

Oleh sebab pihak Quraisy lebih dahulu berhenti di sebelah lembah yang ada air, maka terpaksalah pihak Islam berhenti di tempat yang tiada air. Seorang sahabat mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya orang Islam mengorek kolam supaya air yang mengalir ke sebelah pihak Quraisy itu dapat mengalir juga ke dalam kolam. Rasulullah s.a.w. bersetuju dengan cadangan itu.

 Sebelum pertempuran besar-besaran berlaku, tiga perlawanan satu sama satu telah tercetus.

 Ali bin Abi Talib telah berhadapan dengan tentera Musyikin iaitu Shaybah ar-Rubiah dan Hamzah bin Abd Muttalib berhadapan dengan Al-Walid bin Utbah, kedua-dua tentera Musyikin terbunuh. Manakala, Ubaydah al-Haris pula berhadapan dengan tentera Musyikin iaitu Utbah ar-Rabiah. Utbah terbunuh manakala Ubaydah hanya tercedera. Utbah ar-Rabiah ialah datuk Muawiyah bin Abu Sufian, ayah kepada Hindon (ibu Muawiyah).

Selain itu, seramai 67 orang dari pihak Musyikin terbunuh termasuk Abu Jahal, manakala 14 tentera Islam telah gugur syahid. Banyak tentera Musyikin ditawan dan mereka dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masing-masing, iaitu diantara 1000 dirham hingga 4000 dirham. Tebusan yang miskin tetapi pandai membaca dan menulis, dikehendaki mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam sebelum ia dibebaskan.


Hukuman keatas tentera Musyikin yang ditawan ini sebanarnya dicadangkan oleh Sayidina Abu Bakar kerana menurutnya, dengan cara layanan yang baik ini nescaya Allah SWT akan memberi hidayah kepada mereka dan keluarga mereka untuk menganut agama Islam.

 Kemenangan tentera Islam ini tidak disenangi oleh pihak musuh termasuk kaum Yahudi di Madinah, lalu kaum Yahudi telah memperkecil kejayaan ini sehingga mereka disingkir dari Madinah. Pihak Musyikin Makkah pula menaruh dendam ke atas orang Islam.

PEPERANGAN DALAM ISLAM

Al-Quran telah menegaskan dalam surah an-Nahl, ayat 25 supaya Islam itu diseru dengan hikmah bukan secara kekerasan seperti yang didakwa oleh golongan orientalis yang mengatakan Islam disebarkan melalui mata pedang. Allah S.W.T. berfirman, " Tidak ada paksaan umtuk memasuki Islam. Sesungguhnya telah dijelaskan jalan yang benar daripada jalan yang salah"(al-Baqarah:256).


 Peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai ghazwah dan peperangan yang tidak disertai oleh Baginda s.a.w. disebut sariyah.

Didalam peperangan semestinya ada yang terkorban.. didalam peperangan yang pertama iaitu perang Badar, seramai 22 orang tentera Islam telah gugur syahid dan sebanyak 70 orang tentera musuh dibunuh. Didalam perang Uhud, tentera Islam hampir tewas menyebabkan ramai yang gugur syahid iaitu seramai 70 orang dan hanya 22 orang tentera musuh yang terkorban. Perang Khandak pula, hanya 6 orang tentera Islam terkorban dan 10 orang tentera musuh mati. perang Khaibar seramai 18 orang tentera Islam terkorban dan 93 orang tentera musuh yang terkorban. Didalam perang Mu'tah, 12 orang tentera Islam telah terkorban dan jumlah tentera musuh tidak dapat diketahui. Perang Taif, hanya 6 orang tentera Islam terkorban dan seramai 71 orang tentera musuh mati.

Marathon







Raja Parsi, Darius l cuba menakluk Yunani. Bagaimanapun dengan menggunakan kaedah Phalanx, tentera Parsi dapat dikalahkan di Marathon. Berita kemenangan di Marathon telah disampaikan kepada Raja Yunani oleh seorang utusan yang berlari sejauh 26 batu tanpa henti. Dia meniggal dunia sebaik saja menyampaikan berita tersebut. Peristiwa ini menjadi asas kepada perlumbaan larian marathon sejauh 26 batu (41.6 km).