LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHATIWANT

IF THERE'S ANYTHING WRONG WITH MY POST PLEASE LET ME KNOW. I'LL FIX YOU :-)

Follow me....

Sunday, May 8, 2011

Prosedur Permohonan Poligami



Pengertian Poligami :
Poligami bermaksud perkahwinan seseorang lelaki dengan lebih daripada seorang isteri dalam satu masa, iaitu lelaki berkahwin 2, 3, atau 4 sahaja...5 jangan sebab itu bukan poligami tapi polis akan tangkap korang...hahaha..bagi betis nak paha nampak.. 4 cukup sudah...penat nanti baru nak nyesal. Sama juga perkahwinan yang lebih dari seorang isteri. Kalau si isteri tu meninggal dunia then suaminye kahwin lain itu kira bukan poligami la ea...

Dalil Pensyariatan :
Ini la yang paling aku suka ni..hik3.. dalam Surah An-Nisa’, ayat 3 yang bermaksud :
“Dan jika kamu takut dapat berlaku adil terhadap (hak2) perempuan2 yatim (apabila kamu mengahwini mereka), maka kahwinlah wanita2 (lain) yang kamu berkenan; dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau (pakailah) hamba2 demikian itu adalah lebih dekat (untuk bercagah) supaya kamu berbuat aniaya”.


Huraian :
Poligami hanya membenarkan si suami berkahwin 4 sahaja dalam satu masa..kerana berkahwin lebih daripada 4 orang isteri dalam satu masa adalah HARAM sama sekali....korang jangan cuba2 buat sebabnya ianya adalah terlarang dan merupakan Sunnah Khususiyyah ( Sunnah hanya untuk Nabi Muhammad s.a.w. shaja). Kalau nak tahu lebih lagi pasal sunnah tu korang pegi la jumpa Ustaz2 atau Ustazah2 yang berdekatan ataupun tanya saja dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz/Ustazah’ di TV9. Jika suami sudah mempunyai 4 orang isteri dan berkenan seorang lagi...boleh dengan syarat salah seorang isteri daripada 4 orang tadi meninggal dunia atau diceraikan serta tamat iddahnya. Tidak boleh berpoligami dengan wanita mahram kepada isteri yang sedia ada adalah HARAM... Poligami hanya dikhususkan kepada kaum LELAKI SAHAJA. Kaum wanita jangan sesekali mencuba ok? Dalam erti kata lain POLIANDRI (lebih dari seorang SUAMI). Hal ini kerana<<<(ayat popular masa aku jawab exam..hahahaha) bagi mengelak percampuran nasab dan keturunan serta melindungi kepentingan kaum wanita sendiri. Lelaki yang tidak dapat berlaku adil hendaklah berkahwin dengan seorang isteri sahajalah kalau nak sedap bunyinye kita panggil MONOGAMI...hehehe..ada Gami2 tu kira ok lah..

Permohonan & Kebenaran Poligami : 
Dalam konteks undang2, kebenaran untuk berpoligami adalah diperlukan sebelum seseorang lelaki boleh berpoligami. Kebenaran tersebut perlu dipohon di Mahkamah Syariah oleh kaum Lelaki yang bermastautin dalam Negeri Kedah, atau mana2 lelaki yang ingin menjalankan pernikahan poligami dalam Negeri Kedah. Peraturan ini dibuat untuk mengelak daripada berlakunya pekara yang tidak diingini pada hari kemudian.

Peruntukan Enakmen : 
Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008. Terdapat banyak lagi dalam seksyen 23 ini..ada 10 pekara atau syarat dalam seksyen ini.

Penalti Bagi Poligami Tanpa Kebenaran : 
Penalti yang dikenakan berdasarkan peruntukan seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008, bagi kesalahan seseorang lelaki berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, iaitu ; Denda tidak melebihi RM 1,000,00 ATAU; Penjara tidak melebihi 6 bulan ATAU; Kedua-duanya sekali. Kesalahan ini juga turut tertakluk kepada beberapa lagi kesalahan lain berkaitan dengan tatacara perkahwinan yang ditetapkan oleh Enakmen diatas.


Sumber daripada :
Jawatankuasa Undang-Undang Syariah & Perbankan Syariah Badan Peguam Kedah/Perlis 2009/2010.


1 comment: